
Alhamdulillah pada tanggal 8 julai 2009 tepat jam 11.23 malam, isteriku telah selamat melahirkan anak kami yang ke-2. Seorang puteri yang indah.
Lama juga saya menunggu dari jam 3 petang. Akhirnya penantian pada petang itu berakhir dengan kelahiran secara normal puteri ini.
Tiba di bilik wad, telah saya azan dan kamatkan di telinganya. Gemuruh rasanya dan pada itu saya insaf kini saya dah mempunyai 2 orang anak. Syukur segalanya selamat.
Pada seminggu selepas itu kami menamakannya Siti Aisyah Nurhumaira'. Sinambungan kepada si kakak Siti Khadijah Nursyahadah. InsyaAllah akan saya cuba untuk didik mereka sebaik mungkin walau diri ini serba kekurangan.
Nursyahadah semakin membesar dan semakin nakal. Kini kena belajar menjadi si kakak. Dimanja setelah 4 tahun. Dengan kelahiran humaira' maka tamat zaman meng'ada-ada'nya si Syahadah.
Geram...memang geram sebab dia telah lama dimanja. Namun saya perhatikan dia semakin memahami diri adalah kakak kepada bakal adik-adiknya.
Di sini saya ingin merakamkan terima kasih kepada isteri tercinta yang telah menghadiahkan diri ini seorang puteri yang amat cantik. Terima kasih ummi!